Tuesday, November 21, 2017

"Bertindak sekarang, jangan tunggu cecah RM2.50 seliter"


Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Sany Hamzan mendesak kerajaan segera mengatasi kenaikan berterusan harga petrol dan diesel daripada terus melambung sehingga menambah beban rakyat.

Menurutnya, majoriti rakyat sudah sedia susah dibelenggu bahana cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta kenaikan kos sara hidup akibat penarikan subsidi banyak barangan keperluan.

Mengulas kenyataan Kementerian Kewangan semalam bahawa kerajaan akan campur tangan mengurangkan kesan kenaikan harga minyak jika RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter, beliau menganggap itu bukan sikap kerajaan bertanggungjawab.

“Kerajaan mahu tunggu apa lagi? Patut sekarang kerajaan sudah kaji bukan tunggu tiga bulan lagi. Takkan (harga minyak) sudah melambung tinggi baru bertindak?

“Tidak cukup lagikah beban yang ditanggung rakyat sekarang ini?” soalnya ketika ditemui Malaysia Dateline di Jalan Parlimen selepas sembahyang Subuh tadi.
10 sayap Pemuda Pakatan Harapan dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) bermalam di tepi Jalan Parlimen membantah kenaikan harga petrol dan diesel dan menuntut kerajaan mengembalikan subsidi bahan api itu.

Kenaikan harga minyak berturut-turut menyaksikan minggu kelima mulai 16 November sehingga esok mencecah paras tertinggi RM2.38 seliter untuk RON95, RM2.66 (RON97) dan RM2.25 untuk diesel.

Sehubungan itu, Sany berpendapat kerajaan yang prihatin dengan kebajikan rakyat akan berusaha mencari jalan penyelesaian bukannya alasan untuk membiarkan rakyat menjadi mangsa jenayah kleptokrasi.

“Rakyat telah lama dijerut kenaikan kos sara hidup termasuk pendidikan dan kesihatan. Membiarkan harga minyak terus naik setiap minggu dengan alasan di luar kawalan jelas lahir daripada sikap lepas tangan kerajaan,” ujarnya.

Terdahulu, Sany bersama lebih 10 anggota sayap Pemuda Pakatan Harapan dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) bermalam di tepi Jalan Parlimen membantah kenaikan harga petrol dan diesel dan menuntut kerajaan mengembalikan subsidi bahan api itu.
Tindakan Pemuda PH dan NGO berkampung di jalan menuju bangunan Parlimen itu bagi memberi mesej penting kepada kerajaan Umno-BN.
Bersolat subuh jemaah sebelum menyiapkan poster bagi aksi seterusnya pagi ini.

Mengulas aksi protes yang bermula menjelang tengah malam tadi, beliau berkata, tindakan mereka berkampung di jalan menuju bangunan Parlimen itu bagi memberi mesej penting kepada kerajaan Umno-BN.

“Tindakan kerajaan sebelum ini menarik subsidi minyak terbukti membebankan rakyat khususnya berpendapatan rendah dan sederhana.

“Kita semua sedia maklum Malaysia sebagai antara negara pengeluar minyak utama di dunia. Malangnya rakyat hairan, mengapa minyak yang dijual di negara ini mahal.

“Walhal, pada masa sama kita dimaklumkan harga minyak dunia jatuh. Kerajaan tidak harus berdolak-dalih untuk menstabilkan harga minyak sebaliknya mesti segera bertindak,” ujar Sany lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-